Tuesday, December 2, 2008

Senyum sang rembulan

Baru hari ni saya tau bulan pun boleh senyum. " Kak long ni, cube la alert siket", kata ayah. Rugi jugak tak tengok "live" malam semalam. Cuaca baik, tak hujan. Mungkin bukan rezeki saya untuk melihat kebesaran Tuhan yang muncul 5 tahun sekali tu.

Seingat saya, astronomi memang minat saya sejak kecil. Ada jugak pernah bercita-cita untuk menjadi ahli astronomi. Tapi masa tu belum ada ikon seperti Dr SMS. Ada jugak impian ingin mereka sebuah kediaman yang ada cermin kaca di bumbung berbentuk kubah. Jadi, saya dapat melihat indahnya alam lebih-lebih lagi kala malam menjelma. Cantiknya kerlipan bintang. Apatah lagi jika bulan tersenyum pada saya.

Kagum dengan fenomena 1 Disember lepas, tentu bertambah kagum dan cinta pada Pencipta sang bulan. Manusia dan alam tak boleh dipisahkan. Segala apa isi di langit dan di bumi adalah di bawah naungan dan tadbiran Yang Maha Indah itu. Selain memuji subhanallah, keimanan padaNya bertambah tatkala merenung setiap ciptaanNya. Di dalam Quran, banyak ayat-ayat yang mengajak hambaNya merenung tentang alam. Itu adalah salah satu cara memahami bukti keesaan Dia dan menguat keimanan yang sentiasa ada turun naiknya.

Saya muhasabah diri, selama ini apa tanggungjawab saya pada isi alam. Fikir-fikir dan ambil pengajaran..