Tuesday, December 2, 2008

Senyum sang rembulan

Baru hari ni saya tau bulan pun boleh senyum. " Kak long ni, cube la alert siket", kata ayah. Rugi jugak tak tengok "live" malam semalam. Cuaca baik, tak hujan. Mungkin bukan rezeki saya untuk melihat kebesaran Tuhan yang muncul 5 tahun sekali tu.

Seingat saya, astronomi memang minat saya sejak kecil. Ada jugak pernah bercita-cita untuk menjadi ahli astronomi. Tapi masa tu belum ada ikon seperti Dr SMS. Ada jugak impian ingin mereka sebuah kediaman yang ada cermin kaca di bumbung berbentuk kubah. Jadi, saya dapat melihat indahnya alam lebih-lebih lagi kala malam menjelma. Cantiknya kerlipan bintang. Apatah lagi jika bulan tersenyum pada saya.

Kagum dengan fenomena 1 Disember lepas, tentu bertambah kagum dan cinta pada Pencipta sang bulan. Manusia dan alam tak boleh dipisahkan. Segala apa isi di langit dan di bumi adalah di bawah naungan dan tadbiran Yang Maha Indah itu. Selain memuji subhanallah, keimanan padaNya bertambah tatkala merenung setiap ciptaanNya. Di dalam Quran, banyak ayat-ayat yang mengajak hambaNya merenung tentang alam. Itu adalah salah satu cara memahami bukti keesaan Dia dan menguat keimanan yang sentiasa ada turun naiknya.

Saya muhasabah diri, selama ini apa tanggungjawab saya pada isi alam. Fikir-fikir dan ambil pengajaran..

Monday, November 24, 2008

Sayangi tubuh

Hari ni giliran saya perut meragam seharian. Tak masuk ke dapur langsung membantu ibu. Semalam anak jiran alami yang sama hingga perlu di bawa ke hospital. Sakit perut perkara kecil bagi sesetengah orang tapi tidak pada yang lain.

"Apa yang aku salah makan ni?" Itu persoalan biasa yang terpacul. Salahkan rezeki Tuhan atau salahkan diri yang tidak berhati-hati memilih makanan yang 'halalan' dan 'taiyiban'. Quran telah memberi panduan tentang hal pemakanan bukan sahaja dari segi pemilihan makanan, sumber perolehan malahan juga tabiat dalam mengambil sejumlah makanan. Formulanya mudah:

Makanan yang sesuai bagi insan= halal + baik (kesihatan) + tidak berlebihan

Inilah cara hidup yang patut diamalkan pada setiap keadaan dan di mana jua. Apa yang saya buat ialah makan sebungkus pil check kit teck aun dan tawakkal pada yang Maha Penyembuh. Mungkin ini kifarat bagi dosa maksiat yang pernah dilakukan dengan sengaja.
Ya Allah, jadikan aku sabar dan tidak berkeluh kesah atas ujian Mu yang kecil ini.

Sunday, November 23, 2008

Kuasa pada memberi

Hari ni saya nak beri satu ilmu. Ilmu yang dimaksudkan ialah MEMBERI. Dalam Bahasa Inggeris "GIVING". Macam tak percaya setiap dari kita mampu memberi apa sahaja sekalipun hidup hanya sehelai sepinggang. Memberi bukan hanya dengan wang. Memberi sebenarnya mampu dibuat setiap dari kita yang bernama manusia.

Apa yang boleh kita beri. Antaranya:

1) Sayang
2) Ilmu
3) Masa
4) Perhatian
5) Nasihat
6) Benda yang paling disayangi
7) Macam-macam lagi

Percayalah dengan memberi tanpa mengharapkan balasan, kita akan mendapat balasan yang tak di sangka-sangka pada waktu yang tak kita jangka. Dari segi kesihatan, memberi dapat menguatkan sistem pertahanan badan, mengurangkan tekanan dengan terhasilnya endorphin.
Hidup ini lebih indah dan aman jika semua mampu memberi apa yang dimiliki dengan kadarnya.

Cubalah untuk memberi walau hanya seulas senyuman! :)

Tuesday, November 11, 2008

boleh la keje pas ni!

"kak amni, bestnye, da boleh keje. Hari ni last paper akak!" . " kak, amni jangan lupe belanja kitorang tau nanti, da jadi orang kaye!". ..macam-macam usikan adik-adik batch 4th year 4th generation ni.

Betol ke aku da habes belajar. selagi result exam tak keluar, saya masih berdebar menanti apakah layak diri ini bergelar graduan farmasi selepas ni atau masih perlu bertamu di kuantan untuk 'kelengkapan' yang sebenar. Hanya tawakkal yang perlu dipanjatkan padaNYA.

Ya, Allah, Engkau sebaik-baik perancang dalam kehidupanku. Apa yang Kau datangkan padaKu, jadikanlah aku redha terhadapnya...

Monday, October 27, 2008

3 ekor Hitam

Syuihhh...saya menghalau pada kucing-kucing yang selalu melepak di ruang legar bilik acapkali lepas waktu makan kami berempat. " Kuat betol deria bau kucing-kucing ni," bisik hati saya. Adakala lucu melihat gelagat 3 ekor 'cat in black' (CIB) yang seakan tau ada habuan untuknya setiap kali kami habis melantak. "Hari ni tak de pape la meow" kata saya pada seokor Hitam. Tanpa memahami apa yang di 'meow'kan, saya biarkan sahaja Si Hitam bersama seokor lagi kembarnya menuruti saya ke pentri. Walaupun sedikit hampa kerana tiada ape yang boleh dikongsikan dengan semua CIB, saya memujuk hati bahawa ada insan lain yang akan memberi kucing-kucing ini makan.

"Akak jangan marah-marah kucing tu tau. Diorang tu anak-anak saya",kata seorang adik dari Sabah yang mengaku sebagai 'emak' pada kucing-kucing ni. Ini situasi lain yang berlaku bila najis CIB atau yang sejenis dengannya membuang 'baja organik' bawah ampaian. Mungkin yang lebih bertamadun, pandai membuang di tandas kami. Alahai kucing-kucing ni, tandas pun kena di kongsi. "Ala, busuk tau ta** diorang, da tak cukup tanah ke kucing-kucing ni nak be**k", rungut saya. Bila menjeling ke tanah di bawah, ternyata betapa ada beberapa kerat tanah yang tinggal.

Bila merenung ragam makhluk-makhluk bukan bergelar manusia, saya terfikir betapa kita memerlukan antara satu sama lain. Sekalipun tidak nampak faedah kucing secara nyata, paling kurang CIB dapat menghabiskan sisa-sisa makanan yang tak bersih dek manusia. Selain itu, ujian dari kerenah-kerenah CIB dan sekutunya dapat menambah kantung pahala jika sabar menghadapinya. Tambahan lagi, satu kata-kata baginda Rasul SAW wajar diberi perhatian. Misalnya dalam sebuah hadith dari Abdullah r.a menyebut; katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seorang wanita diseksa Allah di hari kiamat dengan dimasukkan ke dalam Neraka lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga kucing itu mati."

Kesimpulannya, menunjukkan kasih sayang pada haiwan tidak semestinya dengan memberi belaian manja dan memenuhi keperluannya, kerana ada manusia yang "allergic" dengan haiwan seperti CIB. Pantang nampak sahaja, boleh menjerit sekuat hati. Cukuplah dengan tidak menyakitinya dan di situlah modal menambah amal soleh bagi mendapat balasan Syurga di akhirat nanti. Mudahnya Islam mengajar umatnya berkasih sayang sekalipun sesama haiwan.

Sunday, October 26, 2008

Segalanya ada permulaan

Yeah..itu reaksi pertama saya selepas berjaya membuat blog ini. Setiap sesuatu pasti ada permulaan. Alhamdulillah.

Dengan menjengahnya umur saya ke suku abad 15 oktober lepas memberi satu lonjakan untuk mula menulis. Mudah-mudahan dengan nikmat tangan dan akal fikiran yang sihat, menulis akan menjadi sebahagian dari hidup ini. Niatnya tidak lain agar apa yang diluahkan, dikongsikan dalam blog ini dapat memberi manfaat pada yang menyinggah walaupun seketika.

Saya suka memilih tema kasih sayang kerana ia nadi kehidupan setiap makhluk. Sumber kasih sayang pastinya dari Yang MahaPengasih dan Penyayang. Contohnya ada di mana-mana di dunia ini. Bahkan dalam mukjizat Rasul SAW yang agung, sudah ada gambaran hidup di negeri yang kekal abadi yang penuh dengan kasih sayang bagi sesiapa yang menjadi penghuni syurga dengan rahmatNYA.

Hidup terasa indah bukan sahaja bila disayangi tetapi bila diri mampu memberi sayang pada makhluk lain. Sebelum menerima, adatnya memberi. Sama-sama sebatikan nilai kasih sayang dalam setiap gerak laku agar kesenangan dan ketenangan dapat dicapai.