Monday, October 27, 2008

3 ekor Hitam

Syuihhh...saya menghalau pada kucing-kucing yang selalu melepak di ruang legar bilik acapkali lepas waktu makan kami berempat. " Kuat betol deria bau kucing-kucing ni," bisik hati saya. Adakala lucu melihat gelagat 3 ekor 'cat in black' (CIB) yang seakan tau ada habuan untuknya setiap kali kami habis melantak. "Hari ni tak de pape la meow" kata saya pada seokor Hitam. Tanpa memahami apa yang di 'meow'kan, saya biarkan sahaja Si Hitam bersama seokor lagi kembarnya menuruti saya ke pentri. Walaupun sedikit hampa kerana tiada ape yang boleh dikongsikan dengan semua CIB, saya memujuk hati bahawa ada insan lain yang akan memberi kucing-kucing ini makan.

"Akak jangan marah-marah kucing tu tau. Diorang tu anak-anak saya",kata seorang adik dari Sabah yang mengaku sebagai 'emak' pada kucing-kucing ni. Ini situasi lain yang berlaku bila najis CIB atau yang sejenis dengannya membuang 'baja organik' bawah ampaian. Mungkin yang lebih bertamadun, pandai membuang di tandas kami. Alahai kucing-kucing ni, tandas pun kena di kongsi. "Ala, busuk tau ta** diorang, da tak cukup tanah ke kucing-kucing ni nak be**k", rungut saya. Bila menjeling ke tanah di bawah, ternyata betapa ada beberapa kerat tanah yang tinggal.

Bila merenung ragam makhluk-makhluk bukan bergelar manusia, saya terfikir betapa kita memerlukan antara satu sama lain. Sekalipun tidak nampak faedah kucing secara nyata, paling kurang CIB dapat menghabiskan sisa-sisa makanan yang tak bersih dek manusia. Selain itu, ujian dari kerenah-kerenah CIB dan sekutunya dapat menambah kantung pahala jika sabar menghadapinya. Tambahan lagi, satu kata-kata baginda Rasul SAW wajar diberi perhatian. Misalnya dalam sebuah hadith dari Abdullah r.a menyebut; katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seorang wanita diseksa Allah di hari kiamat dengan dimasukkan ke dalam Neraka lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga kucing itu mati."

Kesimpulannya, menunjukkan kasih sayang pada haiwan tidak semestinya dengan memberi belaian manja dan memenuhi keperluannya, kerana ada manusia yang "allergic" dengan haiwan seperti CIB. Pantang nampak sahaja, boleh menjerit sekuat hati. Cukuplah dengan tidak menyakitinya dan di situlah modal menambah amal soleh bagi mendapat balasan Syurga di akhirat nanti. Mudahnya Islam mengajar umatnya berkasih sayang sekalipun sesama haiwan.

3 comments:

Fadhilah H said...

ai, jemput azri je ke tgk blog. saya x nak jemput? hehe

Hanin said...

eh, kak fadh la yang nak jemput awal2 tapi tak tau nak ajak caner..huhu.baru merangkak buat blog ni..maaf zahir batin..thank akak, jadi pngunjung pertama.

Azri said...

biasa la.org special kena la jemput.hahaha..

http://azriphotography.com