Sunday, October 26, 2008

Segalanya ada permulaan

Yeah..itu reaksi pertama saya selepas berjaya membuat blog ini. Setiap sesuatu pasti ada permulaan. Alhamdulillah.

Dengan menjengahnya umur saya ke suku abad 15 oktober lepas memberi satu lonjakan untuk mula menulis. Mudah-mudahan dengan nikmat tangan dan akal fikiran yang sihat, menulis akan menjadi sebahagian dari hidup ini. Niatnya tidak lain agar apa yang diluahkan, dikongsikan dalam blog ini dapat memberi manfaat pada yang menyinggah walaupun seketika.

Saya suka memilih tema kasih sayang kerana ia nadi kehidupan setiap makhluk. Sumber kasih sayang pastinya dari Yang MahaPengasih dan Penyayang. Contohnya ada di mana-mana di dunia ini. Bahkan dalam mukjizat Rasul SAW yang agung, sudah ada gambaran hidup di negeri yang kekal abadi yang penuh dengan kasih sayang bagi sesiapa yang menjadi penghuni syurga dengan rahmatNYA.

Hidup terasa indah bukan sahaja bila disayangi tetapi bila diri mampu memberi sayang pada makhluk lain. Sebelum menerima, adatnya memberi. Sama-sama sebatikan nilai kasih sayang dalam setiap gerak laku agar kesenangan dan ketenangan dapat dicapai.

3 comments:

drzhilman said...

salam apa khbar....
just no comment except nice picture...

drzhilman said...

salam...

bagi sy cinta dan sayang tu tak sama...
tp setelah bertukar2 pendapat...
and i have to give in by saying that "cinta dan sayang tu sama"...
tapi, hati kecil sy berkata...
cinta dan sayang tu tak mungkin sama...
kerana fitrahnya ia (cinta itu) tidak begitu…

sebab...
bilamana lelaki itu mencintai dia jadi; lemah, resah, takut, bimbang, insecure...
lelaki itu jadi: pemarah, merindu, kesunyian, menanti, menyanyi, beremosi..
lelaki itu tidak lagi; gagah, rasional, gentleman, memberi...

bagi sy suami yg penyayang akan memberi apa yg isteri perlukan (harapkan)...
apa yg isteri perlukan mengikut batasan syari'at...
mengikut kemampuan suami (kemampuan yg suami diusahakan)...

jikalau salah satu drpd keperluan isteri itu ialah agar dia dicintai...
dan sekiranya cinta itu dibenarkan oleh syari'at...
maka telah menjadi tanggungjawab suami untuk memberikan cinta itu padanya...

orang yg mencintai itu akan mengharapkan sesuatu drpd yg dicintai...
suami (yg mencintai) akan mengharapkan sesuatu dr isterinya (yg dicintainya)...
maka dia (suami) akan gagal untuk memberikan apa2pun kepada isterinya...
disebabkan dia (suami) yg mengharap…

suami yg mencintai...
suami yg memberi cinta...
kedua2nya tidak sama...

wallahu'alam...

suami manakah pilihan anda…
1)suami yg memberi...?
2)suami yg mengharap...?

Azri said...

wah2,orang lain ada blog.dia pun nak ada blog gak.hehehe..

http://azriphotography.com