Sunday, November 23, 2008

Kuasa pada memberi

Hari ni saya nak beri satu ilmu. Ilmu yang dimaksudkan ialah MEMBERI. Dalam Bahasa Inggeris "GIVING". Macam tak percaya setiap dari kita mampu memberi apa sahaja sekalipun hidup hanya sehelai sepinggang. Memberi bukan hanya dengan wang. Memberi sebenarnya mampu dibuat setiap dari kita yang bernama manusia.

Apa yang boleh kita beri. Antaranya:

1) Sayang
2) Ilmu
3) Masa
4) Perhatian
5) Nasihat
6) Benda yang paling disayangi
7) Macam-macam lagi

Percayalah dengan memberi tanpa mengharapkan balasan, kita akan mendapat balasan yang tak di sangka-sangka pada waktu yang tak kita jangka. Dari segi kesihatan, memberi dapat menguatkan sistem pertahanan badan, mengurangkan tekanan dengan terhasilnya endorphin.
Hidup ini lebih indah dan aman jika semua mampu memberi apa yang dimiliki dengan kadarnya.

Cubalah untuk memberi walau hanya seulas senyuman! :)

2 comments:

Azri said...

Ya,tema Ustaz Hasrizal, HIDUP DENGAN MEMBERI. Amat bererti sekali tema tersebut. Saya telah cuba untuk mempraktikkan di dalam hidup ini, nyata amat luar biasa kesannya. Perpekstif dan pandangan saya terhadap sesuatu pemberian (tidak kira harta,ilmu atau sebagainya) sudah jauh berubah dari sebelumnya. Marilah, HIDUP INI DENGAN MEMBERI !

Raji and Yeen said...

wahhh...very useful~!!
thx2~!!
Saya memberi anda comment!!
;D